Monday, March 09, 2009
Inikah Pejuang Bangsa?
“Dulu kami sangka Bahasa Melayu boleh dipertahankan menggunakan keris”

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. St. John's Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum ayahnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah perlantikan jawatan dilakukan ke atas ayahnya, beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di Sekolah Ekonomi London, United Kingdom.
Yang nyatanya tidak bersekolah KEBANGSAAN. Semuanya Aliran English.
Bidang yang diambil bukannya Bahasa Melayu tetapi Undang-Undang.
Pemimpin seperti ini ke yang nak diharapkan berjuang untuk BAHASA MELAYU.
Tanya kepada Hishamuddin, dimana dia hantar anak dia bersekolah.